Keupayaan Tabung Haji (TH) meningkatkan saiz dana sehingga RM88.09 bilion pada Jun tahun ini, berbanding RM86.5 bilion pada Mac sebelumnya, dilihat mencerminkan keyakinan masyarakat terhadap instrumen ekonomi Islam itu.<br /><br />Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, kementeriannya, serta pengurusan TH sendiri akan lebih agresif untuk memastikan sokongan dan dokongan berterusan masyarakat terhadap institusi itu.